

Come and get it Guys.
Support our local cycling scene.
Mt Austin Challenge Featured in National Paper !
Utusan Malaysia > ARKIB : 13/03/2010
Acara dianjurkan oleh Element Cycle dan kumpulan downhill tempatan, ROAM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Johor Bahru, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Persatuan Downhill Malaysia (MDHA).
Pertandingan yang dibahagikan kepada lima kategori itu turut disertai penunggang-penunggang dari Indonesia dan Singapura. Penyertaan termuda adalah daripada peserta berusia 12 tahun manakala paling veteran berusia 54 tahun.
Pengejaran masa terpantas di trek sepanjang 800 meter melalui lereng bukit di dalam kebun getah itu dipenuhi dengan pelbagai aksi lincah dan ekstrem.
Dari garis permulaan di puncak bukit, penunggang melalui pelbagai cabaran kayuhan berhalangan seperti lompatan setinggi empat meter dan meredah lereng bukit yang berselekoh tajam.
Cabaran paling ekstrem adalah di Rock Garden yang menempatkan tanjakan kayu diikuti dengan laluan selekoh berbatu besar. Ketangkasan penunggang menyelesaikan cabaran di situ jelas membuktikan sifat ‘hati kering’ penunggangnya.
Dalam pertandingan itu, Zamberi Mohamad Sharif yang bertanding di dalam kategori Sports muncul sebagai juara tunggal tempatan dengan catatan masa 1:52 saat.
Tiga kategori dimonopoli penunggang Indonesia iaitu Davit Iskandar dalam kategori Experts dengan catatan masa 1:46 saat, Nuroso dalam kategori Masters (1:51 saat) dan Yudha Kusuma dalam kategori Juniors (1:52 saat).
Catatan masa terpantas keseluruhan pula dimiliki penunggang kategori Elite dari Singapure Tan Hong Chun dengan masa 1: 41 saat.
Sementara itu, Pengurus Element Cycle, Ramesh Nair ketika ditemui berkata, sambutan baik yang diterima adalah petanda baik untuk melihat MDHSS menjadi acara downhill terbesar di negara ini.
“Kita bukan sahaja menerima jumlah peserta yang semakin ramai malah jumlah penonton dan syarikat penajaan juga bertambah,” ujarnya.
Ramesh memberitahu, selepas pusingan pertama di Mt. Austin itu, tiga lagi pusingan MDHSS akan berlangsung di Bukit Cermin, Bukit Kiara dan Sandakan, Sabah.
Tambah beliau, perlumbaan yang merupakan pembukaan acara downhill pada tahun ini itu bertujuan memperkenal dan menarik minat orang ramai kepada sukan berbasikal, khususnya dalam disiplin downhill.
“Ia juga disediakan sebagai landasan bagi penggiat sukan itu bertemu dan bertukar-tukar pandangan.
“Acara seperti ini juga penting untuk mengembang potensi-potensi penunggang kita”tambahnya.
Juniors
1 Yudha Kusuma (Elgato Sba Polygon Adi Mitra) 1:42.857
2 Ezran Cheah (The Choys) 1:49.870
3 Low Yee Pin (Ag Sus) 1:50.692
4 Rama Yudha Dayarana 1:52.175
5 Armand Cheah (The Choys) 1:54.089
Men Masters
1 Nuroso (Polygon/Charmdevo-Ikabusana) 1:47.047
2 Tom Jee (Cci Penang) 1:51.470
3 Ck Ooi Penang Dh) 1:51.990
4 Ikram Shamsuddin (Ksh Cycle/Oakley) 1:54.590
5 Sam Hooi (Penang Dh) 1:56.493
Men Sports
1 Zamberi Mohamad Sharif (Art Downhill) 1:49.592
2 Md Noor (Pedalgear/Dirtworks) 1:57.868
3 Abdul Khabir B Abd Karim 1:58.992
4 Mohamad Zulfadli Abd Hanip 1:59.387
5 A Aziz Selamat (Element Jb) 2:00.937
Men Expert
1 Davit Iskandar (Polygon/Charmdevo/26) 1:41.887
2 Ian Chin (Cci Penang) 1:45.464
3 Zure (Ag Sus/Morewood) 1:45.973
4 Sebastian Seet 1:46.568
5 Zel Ashraf (Cci Penang) 1:46.905
Men Elite
1 Tan Hong Chun (Ag Sus/Morewood) 1:38.089
2 Candra Purnamawan (Aldomaru) 1:38.300
3 Nurwarsito (Polygon/Charmdevo/26) 1:39.140
4 Tony Sarifudin (Polygon/Charmdevo/26) 1:39.388
5 Yavento Ditra Pranata (Polygon Elgato Sba Adi Mitra) 1:39.603