Element DH - Team and Bike shop

The store will be closing down till further notice.

The team will still ride on and actively looking for sponsors and to sponsor riders who have the heart and vision to make it.

Till we get revamped, this blog will be used to advert DH and Mountain bike activity in general and also share thoughts and ideas on how we progress.

Cheers
Element DH

Sunday, March 14, 2010

Cabaran downhill di Mt. Austin - In Utusan Malaysia 13th March 2010

Mt Austin Challenge Featured in National Paper !

Utusan Malaysia > ARKIB : 13/03/2010


Cabaran downhill di Mt. Austin


PUSINGAN pertama Siri Super Downhill Malaysia (MDHSS) 2010 yang berlangsung di trek basikal turun bukit (downhill) Mt. Austin, Johor Bharu baru-baru ini mendapat sambutan hangat. Pertandingan disertai oleh 135 penunggang manakala hampir seribu penonton hadir menyaksikan acara dua hari itu.

Acara dianjurkan oleh Element Cycle dan kumpulan downhill tempatan, ROAM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Johor Bahru, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Persatuan Downhill Malaysia (MDHA).

Pertandingan yang dibahagikan kepada lima kategori itu turut disertai penunggang-penunggang dari Indonesia dan Singapura. Penyertaan termuda adalah daripada peserta berusia 12 tahun manakala paling veteran berusia 54 tahun.

Pengejaran masa terpantas di trek sepanjang 800 meter melalui lereng bukit di dalam kebun getah itu dipenuhi dengan pelbagai aksi lincah dan ekstrem.

Dari garis permulaan di puncak bukit, penunggang melalui pelbagai cabaran kayuhan berhalangan seperti lompatan setinggi empat meter dan meredah lereng bukit yang berselekoh tajam.

Cabaran paling ekstrem adalah di Rock Garden yang menempatkan tanjakan kayu diikuti dengan laluan selekoh berbatu besar. Ketangkasan penunggang menyelesaikan cabaran di situ jelas membuktikan sifat ‘hati kering’ penunggangnya.

Dalam pertandingan itu, Zamberi Mohamad Sharif yang bertanding di dalam kategori Sports muncul sebagai juara tunggal tempatan dengan catatan masa 1:52 saat.

Tiga kategori dimonopoli penunggang Indonesia iaitu Davit Iskandar dalam kategori Experts dengan catatan masa 1:46 saat, Nuroso dalam kategori Masters (1:51 saat) dan Yudha Kusuma dalam kategori Juniors (1:52 saat).

Catatan masa terpantas keseluruhan pula dimiliki penunggang kategori Elite dari Singapure Tan Hong Chun dengan masa 1: 41 saat.

Sementara itu, Pengurus Element Cycle, Ramesh Nair ketika ditemui berkata, sambutan baik yang diterima adalah petanda baik untuk melihat MDHSS menjadi acara downhill terbesar di negara ini.

“Kita bukan sahaja menerima jumlah peserta yang semakin ramai malah jumlah penonton dan syarikat penajaan juga bertambah,” ujarnya.

Ramesh memberitahu, selepas pusingan pertama di Mt. Austin itu, tiga lagi pusingan MDHSS akan berlangsung di Bukit Cermin, Bukit Kiara dan Sandakan, Sabah.

Tambah beliau, perlumbaan yang merupakan pembukaan acara downhill pada tahun ini itu bertujuan memperkenal dan menarik minat orang ramai kepada sukan berbasikal, khususnya dalam disiplin downhill.

“Ia juga disediakan sebagai landasan bagi penggiat sukan itu bertemu dan bertukar-tukar pandangan.

“Acara seperti ini juga penting untuk mengembang potensi-potensi penunggang kita”tambahnya.

No comments:

The Mt Austin DH Event Is Proudly Sponsored By

The Mt Austin DH Event Is Proudly Sponsored By
This event will not be possible without their support. Many Thanks ! Get In touch with us if you are interested in helping out.

This Event is Supported By

This Event is Supported By
Thanks to their support, this event will be a successfull one.